Beberapa hari yang lepas, MB Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam sidang akhbarnya telah mengumumkan bahawa kerajaan negeri telah meluluskan projek MEGA ternakan BABI yang berjumlah RM 100 juta di Tumbuk, Kuala Langat. MEMERANJATKAN..........
Apa yang lebih mengelirukan penduduk Selangor ialah tindakan MB itu telah disokong oleh EXCO dari parti PAS. PAS yang selama ini sering menyatakan kerajaan yang terdahulu kerap MENGHALALKAN YANG HARAM telah melakukan perkara yang sama bila mereka berkuasa. Jadi apa bezanya?????
Walaupun MB telah menyatakan bahawa projek ini telah diluluskan semasa zaman pemerintahan Dr Khir, apakah wajar projek ini diteruskan dalam skala yang besar? Sepatut MB meniliti sebaik-baiknya isu tersebut kerana ia melibatkan sensitiviti bangsa dan agama bukannya terus meluluskan projek dan menjadikan ia projek dalam skala yang lebih besar dari sepatutnya. PAS, PKR dan DAP yang selama ini sering memperjuang suara rakyat sepatut mendengar pendapat rakyat Selangor terlebih dahulu. Adakah mereka cuba menangguk dia air yang keruh?
Persoalan-persoalan lain yang timbul ialah, dimanakah laporan Jabatan Alam Sekitar berkaitan dengan projek ini dan sekiranya kerajaan yang baru ingin bersikap telus seperti yang di war-warkan sebelum ini mereka harus mengumumkan laporan tersebut. Persoalan yang kedua, apakah kaedah yang digunakan untuk menjamin projek ini tidak mencemarkan alam sekitar? Kenapa mereka tidak membentangkannya pada rakyat?
Kalau dahulu apabila kita menyebut kita berasal dari Sepang secara automatis orang luar akan mengetahui Sepang sebagai kawasan ternakan babi. Adakah kita ingin melihat benda yang sama berlaku pada Kuala Langat?. Sebagai rakyat Selangor kita ingin Selangor dikenali sebagai negeri maju bukan sebagai negeri penternak babi.

